About Me

My photo
simple person, but a little bit sensitive.

Wednesday, March 30, 2011

Pelajar Unimas Bunuh Diri

Astaghfirullahalazim.... terkejut aku mendengar berita mengenai sorang student Kejuruteraan UNIMAS yang membunuh diri dengan terjun ke dalam tasik UNIMAS. Arwah ni India Muslim berasal dari sabah. sumberku dari UNIMAS menyatakan bahawa semasa begnya dijumpai terdapat batu-bata di dalamnya, tujuannya adalah supaya terus tenggelam coz batu tu dijadikan pemberat. (xtahu la kan btul ke tak.) dan aku dengar jugak arwah ni sorang yang genius (9A, SPM dan pointer pun 3.0 ke atas). korang jugak bleh rujuk dalam blog arwah (sini) arwah ada tinggalkan nota. dalam nota tu arwah ada menyatakan bahawa arwah sangat tertekan dengan apa yang dihadapinya kebelakangan ini sehingga arwah merasakan dia tidak dapat menanggungnya lagi...arwah juga menyatakan bahawa tidak akan berbau syurga roh seseorang hamba Allah S.W.T sekiranya membunuh diri namun arwah nekad. aku rasa macam aku dapat menyelami perasaan arwah kerana pada tahun lepas pun aku ditimpa masalah yang tak putus-putus. marilah sama-sama kita berdoa agar roh arwah diampuni Allah S.W.T kerana sesungguhnya Dia Maha Mengampun lagi Maha Mengasihani.